Wednesday, November 30, 2011

God Direct My Life




source : somewhere

x,
kerr

Monday, November 21, 2011

Allah menjadikan setiap makhluknya berpasang pasangan..

alhamdulillah..finally ziela dah tukar status kepada MRS.Asrull.yay!! :')) majlis perkahwinan yang gilang gemilang.majlis yang sangat 'ZIELA'.hihi malangnya wa tak banyak ambil gambar pulak.tak pe, tunggu nanti bila dah ramai yang upload kat FB, wa grab! weee~!
Ziela is one of my Rainbow Sisters.kawan dari zaman Uni sampai lah sekarang.suka menari, suka menyanyi (sebab tu la wedding dia ada karaoke pls! haha) sepanjang hampir 10 tahun wa berkawan rapat dengan dia, wa jadi saksi ups and her downs.dari percintaan hingga lah kepada kehilangan ibu bapa masa zaman tengah study dulu.tapi ziela ni tersangat lah cekal orang nya.and alhamdulillah, perkahwinan dia pada 19/11/2011 hari tu sangat meriah.meriah sampai masa dia tengah karaoke siap ada ribut melanda ok! hahaha kelako! :p



 malam berinai besar.siapa ntah yang masa merenjis siap nak menangis!! hihi 
:p


with fafa and nana.
 reception day.



tapi sangat nice, ziela and husband pakai color pink merah.wuuuuu~
and wa rasa wa bakal dinobatkan sebagai god-mother kepada anak bye la.
sbb byk gambo wa tgh pegang perut dia..haha
tengok gambo bawah ni! 




hahahaha! :p
kemainnnnn menusap sambil menasihati si kecil dalam perut tu! haha
=.=""





semoga berkekalan jodohnya.
sampai ke syurga.
insyaallah

wa..bila?
ehem ehem 
:p

x,
kerr

Thursday, November 17, 2011

in love with?



her.

zee avi
:))




x, 
kerr.

quick update!



source : ishandchi.blogspot.com

seriously, in love with the shoe.so niceeeeeee! :')
dari pagi tadi dok usha..haihs.hehe.cepat cepat gaji masuk.i want to buy this kasut.kalau tak sama, tapi akan-akan pun jadi lah! wee~ :))


source : somewhere in facebook

dear, i'm melting now... :')
nice colour.nice laces.nice wedding dress.nice make up.beautiful bride~! 
purrrr-fect! :))

till then.kena rushing pergi shooting malam ni!

x,
kerr.

Tuesday, November 15, 2011

Bits & Pieces




source : weheartit.com

korang pernah terfikir tak apa yang berlaku/dilakukan oleh orang-orang diluar sana/diseluruh dunia di saat kita sedang melakukan apa yang sedang kita buat sekarang (contohnya : wa sedang menaip entry ini)? 


mungkin ada :


1). ibu yang sedang mengerang kesakitan untuk melahirkan zuriat ke dunia.


2). bapa yang sedang mengira-ngira kecukupan atau ketidak-cukupan perbelanjaan bulanan   
kerana si anak baru sahaja meminta dibelikan sebuah basikal.


3). si gadis sedang gembira dan berdebar kerana bakal ijab-kabulkan dengan teruna pilihan hatinya pada hujung minggu ini.


4). lelaki yang resah menunggu pemeriksaan ujian HIV samada negatif ataupun positif.


5). pelajar yang sedang tekun mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan semester.


6). pengemis yang memikirkan apa yang bakal dijamah malam ini ketika memandang mangkuk kosong di tangan.


7). pasangan kekasih yang sedang mencari-cari hotel murah yang 'line-clear' untuk melampiaskan nafsu cinta.


8). ibu dan ayah yang sedang solat berjemaah menadah tangan berdoa.


9). pelacur yang sedang menyalakan api rokok sementara menunggu pelanggan datang melangganinya.


10). kanak-kanak yang sedang ketawa menonton cerita kartun di televisi.


dan banyak lagi yang kita tak terfikir dek akal.


disaat kita sedang melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang mungkin juga ada yang :


11). sedang bertarung nyawa menunngu ajal dijemput selepas sakit berbulan-bulan.


12). mati ditikam kawan baik sendiri.


13). di lamar untuk menjadi isteri oleh bakal suami.


14). sedang menikmati matahari terbenam di tempat paling indah didunia.


dan bermacam-macam lagi.


dan alhamdulillah, disaat ini Allah memberikan wa akal untuk berfikir mengenai apa yang sedang berlaku ketika wa sedang menaip entri ini.subbahaAllah :')


x,
kerr.



Saturday, November 12, 2011

the quote on 11.11.11


"why nak kene tunggu 11:11 11/11/11?? 

God is up there 24/7 "

-{aini abdullah}




lol

x,
kerr

Wednesday, November 9, 2011

special things for nice people

hi peoples! how was ur raya? good? dapat tengok lembu kena sembelih tak? hehe :))
macam yang wa bagitau dalam post before raya hari tu, wa balik terengganu.saje beraya dekat negeri orang.sebab dah selalu sangat beraya di negeri sendiri.erh? hihi.


iye..sepanjang-panjang tu cuma sekeping gambar je yang wa ambik.dah la gegorrr! +.+"

wa dan apit bergerak dari Kl sekitar jam 6pm kot? hujan renyai-renyai.memang confirm sangat la jem kan? tapi apit cakap drive rileks2 je.okie dokie.."kau pun yang drive! aku lepak sebelah je.."hahahahaha :p sampai kampung pulau manis, serada, kuala terengganu sekitar jam 2.30am.you know how the feeling? dari rasa nervous terus tak rasa mende sbb sampai-sampai semua orang dah tidur.yay! haha wa je yang bising-bising masuk rumah orang macam dah selalu sangat pergi sana kan? haihs.. -.-" wa cakap, "hi makcikkkkk!" mak apit pun mamai je balas hai wa tu.hihi.oleh kerana besoknya raya, wa tido la sekejap dan bangun jam 6.30am (kemainnnnn excited nak tunjuk diri tu bagussss sgt kat bakal mak mertua! haha takde la, wa terkejut pukul 6 lebih tu sebab azan.masjid betul2 depan rumah.mau nya tak terkejut bila masuk waktu kan?) after hari dah cerah-cerah sikit wa pun mandi2 dan bersiap.wa breakfast apa ea pagi tu? owh mama apit masak kan nasi goreng dan nasi lemak sambal ikan.wa tolong ke tidak? owh mesti la tak tolong! wa tolong teman dia kat dapur je.serious..wa tak nak la impress dia lebih-lebih.wa dah la baru 1st time pergi rumah dia, lepas tu terus nak jadi MASTER CHEF kah? hahaha :)) so wa layan borak je sikit-sikit. pagi tu makcik and ayahcik sefamili datang rumah, berdebor la juga wa ni.mau tidakkkkkkkkk! nervous weyh! tp wa control sedaya yang mungkin.menjadi diri sendiri je.after breakfast kitaorang pergi tengok lembu kena sembelih di Banggol Durian ke Durian Banggol? entah wa confuse nama tmpt tu.ini adalah pengalaman wa yang pertama sepanjang 27 tahun wa hidup.owh mcm gitu dia kena sembelih..patut la daging dia sedap..erh? hihi sambil-sambil tu dapat la wa kenal-kenal sikit sedara mara terengganu.eceh! so sweet kan? walaupun diaorang cakap wa kurang la faham, tp wa buat2 paham dan angguk2.haha :p

balik tu kitaorang dah ready for lunch.apa lagi mesti la masak daging korban tu.hello! kali ni wa tolong ok.wa potong-potong sayur semua.tapi wa tak masak la.bukan apa..jangan over ye! kemain masuk dapur orang selongkor gula garam bagai..so not meee! :p so wa buat yang mudah2 je.makcik apit tengok je wa potong sayur...eleh nak tengok skill i lettew! hehe :p wa ada la juga kena interview itu ini.tapi just nice la..soalan kacang je! :) aisehhh! 



the menu!
gambar curi dari twitter arham iklil ;p

petang-petang tu wa keluar pusing-pusing bandar terengganu.lepak batu burok makan a&w.itu je aktiviti nya! tapi sekejap je la keluar.wa rasa terengganu cepat malam la.. (nak suruh balik cepat la tu! ;p) di tambah pulak hujan jadi kami mengambil langkah utk pulang ke rumah.
malam tu wa tidur awal disebabkan cuaca yang nyaman dan syaitan yang bergayut-gayut main buai di kelopak mata.niceee weyh tido dalam bilik tu.sejukkkk je! awal pagi tu wa tersedar, mak apit lepak dgn wa dalam bilik borak-borak.elok je dia duduk tepi katil wa.wa nak bangun tapi wa tak nak la mak dia nampak wa beriyaaaa sangat.so wa baring je mengadap dia dan buat muka comel! haha :p naturallllll! hahaha :p pagi tu around jam 9 lebih kami bertolak mengunjungi rumah saudara di Ladang. makan.makan.makan.balik tu pun makan lagi sebab depan rumah ada majlis korban bank rakyat.pendek kata duduk sini asyik makaaaaannnn je! haihs.haha nice! :))

dipendekkan cerita, sekitar jam 5 petang lebih2 sikit, wa bertolak balik KL.orang semua update status kata jammed sana, jammed sini.tp alhamdulillah..perjalanan pulang ke KL sangat smooth ditambah pulak dgn wa yang jadi badut sepanjang perjalanan.ye la itu la tugas co-pilot kan? jadi badut.hehe :p tiba di KL bandarayaku jam 2am in the morning.

sekian..

apa-apa pun, ini pengalaman yang best.wa sealu fikir-fikir mcm mana la perasaan dia pergi rumah family boyfriend kita for the 1st time.now i know..i am so lucky sbb dah kenal apit's family before datang terengganu.at least tak la nervous sangat jumpa 4 mata dgn his mom sbb dah kenal.syukur alhamdulillah.banyak benda '1st time' wa dapat masa hari raya haji hari tu.semoga Allah memperkenankan doa2 kami.dan berdoa lah yang baik-baik untuk wa dan apit.can't wait untuk the next step soon.insyaallah :))


xoxo, 
kerr.

Thursday, November 3, 2011

life is short, appreciate!




tiba-tiba wa rasa nak berjalan/melancong sangat-sangat! sangat, sangat, sangat! tak kisah la pergi mana-mana pun.luar malaysia,dalam malaysia.sabah serawak.paling bongok cameron highland pun jadi lah.bosan sangat nih! or wa banyak sgt tengok travelogue? kot? =.="


owh! weekend ni raya haji kan? wa tak balik joho.wa raya terengganu.insyaallah.for the 1st time after 7th years.baby step.hehe.mak wa bising suruh jaga tingkah laku."ye ye..tauuuuuu!", jawapan wa kat emak.tahun lepas tu dok raya kat kl.erm..masa tu sbb ada keje, so tak boleh balik.la ni sibuk nak beraya rumah orang! huh! =.="

apa lagi? keje wa kat office amat la slow progress nya.entah la.padahal satu menu je lagi.dan lagi separuh je.kalau wa tingkatkan kerajinan wa tadi mesti dah siap.tapi sebab wa melayankan perasaan malas wa ni apa pun tak siap.padan muka wa sendiri.*dush*

ok itu je.
kbai.

x,
kerr.




Wednesday, November 2, 2011

again and again and...

ok.wa kena pindah rumah.lagi!? yup..lagi dan lagi dan lagi.kali ni bukan issue housemate tp issue tuan rumah.dia nak jual that house.baru je duduk setahun lebih dah kena pindah lagi.baru nak sayang lovey dovey dah kena pindah lagi.hurmm.. ;(
wa bukan apa..ye la.bukan mudah nak cari rumah baru.lagi2 dalam keadaan last minutes mcm ni.sangat la demm kan? (wa kena keluar hujung november ni..shooooot!).dua tiga hari ni pening wa.kalau nak kirakan hari ni tinggal lagi 28 hari untuk wa mencari cinta..erh? mencari rumah maksud wa.hihi.nervous tau tak? wa nervous kalau tiba2 wa tak dapat penempatan baru dan wa kena duduk bawah jambatan.duduk la kau situ dengan kasut-kasut, handbag-handbag, baju-baju yang kau shopping tu! huwaaaaa~ macam mana ni korang? macam mana?? :'( 
btw, malam ni pukul 8pm wa pergi tengok satu bilik kat setiawangsa.hurm..harap2 ok lah.malas nak pikir-pikir lagi.kalau ok terus kebas! lepas tu boleh start kemas barang sikit-sikit.wa paling malas nak mengemas time pindah.tiba-tiba rasa macam "barang kau tu tak nak banyak pulak kan?" hihi abes takkan la nak buang? sentimental value okeh! :p
masa cari-cari rumah tu banyak je yang terletak kat seksyen 2 which for me is a big NO.bukan la mengada-ngada (wa tau mesti ada yang cakap wa memilih, mengada-ngada.lantak lah!) tapi wa lebih memikirkan soal keselamatan.memang la semua nya nampak macam ok dan jenayah boleh je berlaku kat mana-mana kan? tapi...hurm..kalau wa malas nak terangkan panjang2 boleh tak? wa malas! cakap je la apa2.tp wa tak nak duduk seksyen 2, wangsa maju.tak nak...lalala :p

{BITS & PIECES}

things that beautiful in my eyes :

1. beautiful colors


2. beautiful lace shoe


3. beautiful in love couple's sketch
 4. beautiful Paris


5. beautiful Blake Lively


source : we<3it.com

x,
kerr.

Tuesday, November 1, 2011

Nana + Bancik's Wedding {29102011}

finally! nana and bancik berkahwin bernikah juga! yayy! :')) walaupun event simple but it really nice.pernikahan plus the reception gabung sekali.cepat mudah jimat.
kalau nak bercerita pasal wedding nana, banyak dugaan masyaAllah.err..tak lah banyak dugaan like a lot tapi Allah menurunkan dugaan yang wa anggap maha besar untuk dia dan family.a week before her wedding suddenly her sister k.Lynn collapsed. wa dapat tau pun melalui her younger sister, Cici from her twitter malam tu.so mcm terkejut juga la kan? so melalui dunia dan serba canggih dan aplikasi whatapps wa dapat mengetahui kejadian yang sebenarnya.K.Lynn kena operate sebab ada saluran darah di otak tersekat (i dont know mcm mana nak terangkan dalam istilah science, silly me =.=").sepatutnya k.Lynn bertindak sebagai Emak Pengantin untuk wedding nana.tapi itu lah, ujian Allah nak bagi kita bukan tahu bila dan ketikanya.
so besoknya wa pergi la hospital with other Rainbow Sisters (ziela & fafa).tengok keadaannya buat wa menangis la juga.or wa memang senang emo? err..
ye lah, selalu kalau wa datang lepak rumah dia kat ampang dia suka gelak-gelak, ketawa-ketawa tiba-tiba bila wa datang kali ni dia cuma diam dengan kesan operate kat kepala belah kanan.mahunya wa tak meraung la kan? :'(

petang tu tiba-tiba cici called dan menangis dan menangis bersungguh2 dan minta wa jadi nana's wedding coordinator.i'm like...WHOAAAA! se.ri.ous? cuak weyh..cuak.wedding lagi beberapa hari.wa dengan tak ready fizikal dan mental.dengan baju tak cari lagi.padahal wa punya task untuk wedding nana cuma jadi one of the dulang's girl je.Ya Allah..tapi wa rasa Tuhan sengaja bagi wa task ini supaya Dia boleh tengok macam mana wa bertindak.subbahanAllah.ingat wa senang-senang ke nak lepas tangan bila kawan-kawan bersedih dalam waktu-waktu demm mcm tu? ingat wa senang hati ke bila dengar Cici meraung/menangis minta tolong? this is soooo shit to me! hello! they are my rainbow sisters...selagi wa boleh bantu, wa bantu.owh lupa nak mention.Nana and Cici ni anak yatim piatu..hah! sanggup ke wa nak tgk kawan2 wa yang takde mak ayah ni bersedih? sanggup? :'( 

day by day, hari makin dekat dan wa makin risau.sumpah tak ready.tiba-tiba wa rasa menyesal, 'kenapa laaaaa aku boleh setuju pulak?' tapi bila fikir-fikir balik, "Allah dah plan semua ni.." so insyaallah.. :) cuma apa yang buat wa sedih adalah dalam sedar tak sedar tu pun k.lynn masih nak bercerita pasal preparation yang dia dah buat untuk nana's wedding.sedih sangattt... :'(
two days before Nana nikah, wa datang hospital for technical meeting with her family.easy squeezey! the majlis kalau ikut perancangan is so simple.and Cici cakap just follow the flow.dan malam tu Wani pun datang.dan yang paling best wa berkesempatan untuk memakaikan henna/inai for nana.. :') awww...the sweetness! 


the henna session with nana & cici


gaya memakai kan inai tu macam la profesional sgt! =.="

1st henna tu mcm tak jadi.wa buat banyak sangat kat jari.hehe.so kena basuh balik, buat sekali lagi.and the funny things is for the second time tu pun kena basuh balik sebab Nana nak berry.eauww! :p

Night before her nikah day, me and wani decide tidur kat rumah dia.lagi senang sebab at least kitaorang tahu apa yang berlaku.mean macam pelamin dah siap belum, all the goodies and so on.nana cakap wa garang sebab wa memang betul-betul nak make sure semua datang ikut time! haha sorry la na.amanah orang kat wa besar naaaaaa! :p


tu diaaaaaa pelamin! sebenarnya nak yang kecil dan simple je.tapi yang datang besar dan lebih cantik! hihi rezeki rezeki.see! Allah memang sentiasa ada plan untuk orang-orang yang teraniaya. jadi moralnya disini adalah kalau rasa sedang bersedih dan anggap dunia tak adil, beristigfar lah.kerana Allah Maha Mendengar.insyaallah :)) erk? over pulak wa kan? diam diam bising! :p


me with the bride-to-be! :)

malam tu kitaorang tido around 4 am in the morning! hahaha.jarang dapat waktu-waktu macam ni.waktu-waktu yang hanya kita-kita je.boleh berborak apa saja.and we are so lucky sebab Wani Sang Isteri Orang ada bersama malam tu.dia banyak bagi info untuk menempuhi malam pertama! wahhhhhh! hahahahaah dah mcm nak pergi berperang pulak! itu yang kurang mengantuk tu! hihi :))

{ Solemnization } 

ok wa serious tak banyak gambar wedding nana sebab wa asyik ke hulu ke hilir je.nak make sure everything semua perfect! wa lah wedding coordinator, wa jugak la yang angkat dulang! hahahaha sangat multi-tasking! alhamdulillah, the akad nikah was going really well.sekali lafaza je Nana dah pun tukar status jadi isteri orang.and me was soooo hiba and syahdu.and menangis like a baby! dush! dush! :p

{ Reception }

Starting around 1.30pm.itu pun wa plan sendiri tak ikut jadual pun! hahahahah :p suka hati aku je kan? :p well, kalau ikut adat Johor (nana asal JB) kena ada toll (bagi yang tak tau tu, toll ni adat suka-suka nak bagi happening je.pengantin kena sediakan duit dalam sampul tak kira la banyak ke sikit je untuk diberikan kepada setiap orang penjaga toll sebelum dapat berjalan bersama si isteri.)

and THE FUNNY THINGS was....WA SIAP BERPANTUN OKEHHHHH! omaigod! wa pun tak boleh imagine la mcm mana la wa siap boleh berpantun bagai kat pengapit pengantin! malu nyaaaa! hahahahahaah! :p
dah la dengan tangan penuh file semua tiba-tiba berpantun sakan.nasib baik wa jaga toll pertama je with the Rainbows and nieces.hahaha funnehhhhh! :)) tapi wa dapat la RM5 sebagai angpow! ok apa? kan? hahahaha :))



 tangan wa tu tak boleh nak panjang lagi ke? kemainnnnnnn.. -.-"


proses menjual dan membeli pantun!
hahaha demm nyaaa! :))


Rainbow Sisters with the pengantin! :')


almost 10 years and counting! :))
*hugs*

Everything turned out very well! alhamdulillah..subbahanAllah.. :) wa rasa ini yang paling mampu wa buat untuk kawan baik wa.nak bagi duit wa pun tak de la kaya beno! hihi *tapi boleh pulak beli baju* hahahaha 
if katakan la ada yang terkurang, itu semua luar kawalan wa lah kot.wa ni mana la perfect sangat walaupun wa cuba jadi perfect! hehe.
wa nak ucap banyak-banyak ribu-ribu TERIMA KASIH kepada Wani sebab banyak tolong wa lancarkan majlis walaupun lu tengah busy dgn audio system lu.dan kepada Zila yang tiba-tiba kena jadi MC bidan terjun sekejap.u did a very good job ziela! hihi :))

to my dear Nana,

Ini saja yang wa mampu buat untuk wedding lu.Ini wa dah cuba yang terbaik, kalau ada apa yang kurang, tak best etc wa mohon maaf sangat-sangat.wa cuma nak lu happy pada hari wedding lu.dan pada masa-masa akan datang.sebab wa sayang lu! :')

selamat pengantin baru.amalkan amalan 'buah mangga' yang wani ajar tu! haha :p

till then.

x,
kerr.