last few weeks.keluar makan2 dengan officemates di damansara.lebih tepat the curve, mutiara damasara.wareong penyet.makan.makan.ambil gambar.
then jalan2 dalam curve.decor yang indah sempena christmas.
kawan-kawan.sahabat.teman.
apa yang indah tentang itu?
ketawa.senyuman.gurauan.
sejujurnya saya dah merasa segalanya mengenai persahabatan.
dari yang seindahnya indahnya hingga yang menghancur luluh kan hati saya.
pernah saja saya menangis semasa zaman belajar dulu gara-gara sikap seorang teman yang saya kirakan agak rapat hanya kerana dia tidak mahu makan semeja dengan saya dan teman lain di sebuah gerai (kerana mau makan di kedai lain).
dalam perjalanan pulang ke rumah yang hanya memerlukan saya berjalan kaki, salah seorang teman baik saya berbicara dengan sang bulan mengenai sikap sahabat saya tadi.terus saja saya menangis semahunya.menyesal tak sudah.selalu sangat nak menjaga hati orang lain... :(
tapi alhamdulillah dua teman baik saya selalu bersama2 saya.memujuk.memeluk.moga2 hingga ke nafas terakhir saya.
bagaimana saya mau bercerita ye?
saya berani mengkategorikan diri saya ini sebagai seorang yang SETIAKAWAN.
sehingga pada suatu masa, boyfriend saya mengamuk kerana saya meletakkan diri nya di nombor 3 selepas keluarga dan kawan2.
entah la...
saya berkawan sama seperti yang lain.
tapi saya jenis yang melekat dengan kawan2.
bosan pula kalau asyik bersama yang tersayang.
24 jam.
dulu di zaman belajar, kerap juga saya bertengkar dengan boyfriend kerana kawan2.
dia merasa kan saya tidak adil terhadap dirinya.
kerana saya melebihkan rakan2.
*tapi sekarang dia yang melebih2 kalau berkumpul bersama teman2 perempuan saya :) *
sekarang saya sudah bekerja.punyai kawan2 di tempat kerja.
masih gembira.
mereka gila.
lebih tepat, mereka sengal. :p
kerana apa ya?
mungkin kerana umur yang tidak jauh beza.
mungkin juga...
:)
*syukur*
sepanjang hari bersama mereka tidak pernah sekali pun saya tidak ketawa.
indah kan?
(katakan saja yang saya memang mudah ketawa! ;p)
saya berdoa semoga Tuhan terus merestui hubungan indah ini sampai saya mati.
to my dear b.f.f :
*saya rindu kamu berdua... :)
kamu berdua cinta mati saya.